BERITA SEMASA

Dakwa terima dana judi: Muhyiddin pertimbang saman Anwar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan peguam mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bahawa pembangkang menerima dana politik daripada syarikat judi adalah tidak benar, fitnah dan pembohongan.

“Kita akan bincang dengan peguam apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyataan yang dibuat perdana menteri,” kata Muhyiddin kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin sebelum itu menghadiri sebutan kes rasuahnya di Mahkamah Sesyen, lapor Malaysiakini hari ini.

Pada 5 Dis tahun lepas, perdana menteri membuat dakwaan itu semasa sidang media, membayangkan bahawa sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat judi yang terlibat dalam cabutan khas.

Keesokan harinya (6 Dis), Muhyiddin menafikan dakwaan bahawa PN memperoleh dana daripada syarikat perjudian untuk menampung kos kempen pilihan raya umum ke-15.

Dia menyebutnya sebagai tuduhan yang serius dan menegaskan tidak mengambil walau sesen pun derma daripada syarikat judi.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan itu, menyifatkannya sebagai fitnah dan mencabar Anwar untuk membuktikan dakwaannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button