PM, isteri lawat Sultan Brunei di IJN
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menziarahi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pasukan perubatan menasihatkan agar Baginda Tuanku tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali ahli keluarga Diraja Brunei sahaja.
“Baginda Tuanku kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sihat, walaupun masih memerlukan pemantauan rapi oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan, sepanjang tempoh rawatan itu, Baginda Tuanku ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
“Langkah ini penting untuk memastikan proses pemulihan Baginda Tuanku berjalan dengan lancar tanpa gangguan,” jelas beliau.
Sehubungan itu, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan kesejahteraan Sultan Hassanal Bolkiah.
“Kami berharap agar Baginda Tuanku dipermudahkan urusan kesihatan dan sentiasa dilindungi rahmat Allah SWT,” katanya.
Keluarga Diraja Brunei berada di negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berakhir semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








