Cure pain: Jalan konservatif tanpa pembedahan
SAKIT-SAKIT saraf dan tulang seperti sakit lutut, arthritis, sakit sendi, slip disc, trigeminal neuralgia, plantar fasciitis, sakit jari, kebas akibat kerja manis dan kelemahan pada jari-jari semuanya tergolong dalam masalah saraf yang memerlukan rawatan menyeluruh dan berterusan.
Apabila kesakitan semakin teruk, ramai pesakit akhirnya memilih jalan pembedahan sebagai penyelesaian terakhir. Namun, tidak semua berakhir dengan kelegaan. Sebahagian besar pesakit mengalami post-surgery dissatisfaction, malah ada yang mendapati kesakitan semakin meningkat akibat komplikasi saraf.
Menurut Dr. Rushmini Maris Ismail, Pakar Estetik, ramai pesakit tidak menyedari bahawa pembedahan bukanlah satu-satunya jalan untuk merawat kesakitan kronik.
“Apabila kita memahami punca sebenar kesakitan, kita boleh memilih rawatan yang lebih selamat dan semula jadi. Pendekatan konservatif tanpa pembedahan kini menjadi alternatif terbaik untuk mengembalikan fungsi tubuh tanpa risiko tinggi,” jelasnya kepada Malaysia Tribune.

Tambah beliau, pendekatan konservatif menumpukan kepada pemulihan fungsi tubuh secara semula jadi, dengan memberi ruang kepada badan untuk sembuh sendiri melalui rangsangan dan rawatan yang tidak invasif.
“Kami menggunakan kombinasi terapi regeneratif, rawatan frekuensi dan teknologi moden yang membantu memulihkan saraf serta otot tanpa perlu melalui proses pembedahan. Kesannya bukan sahaja mengurangkan kesakitan, malah meningkatkan kualiti hidup pesakit secara menyeluruh,” katanya lagi.
Menurut Dr. Rushmini, ramai pesakit datang selepas pembedahan namun masih menanggung kesakitan. Ini menunjukkan bahawa punca sebenar seperti saraf yang tertekan atau otot yang lemah belum dirawat dengan betul.
“Rawatan konservatif membantu tubuh aktif semula secara bertahap. Ia bukan sekadar menghilangkan sakit sementara, tetapi membina semula keseimbangan dalaman tubuh,” ujarnya.
Kesakitan kronik yang tidak dirawat dengan betul boleh menjejaskan emosi, tidur dan prestasi harian seseorang. Justeru, pendekatan menyeluruh dan tanpa pembedahan kini menjadi pilihan lebih bijak untuk mereka yang ingin kembali sihat tanpa risiko komplikasi.
Dengan kemajuan dalam bidang perubatan moden, pesakit kini tidak perlu lagi bergantung kepada pisau bedah untuk menikmati kehidupan tanpa kesakitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








