
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia
LONDON – Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
Telegraph melaporkan bahawa vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik kebenaran pemasaran.
“Permohonan untuk menarik balik vaksin itu berkuat kuasa pada 7 Mei dan permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain pada bulan depan.
“AstraZeneca telah memulakan penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia dan lebihan vaksin yang tersedia sejak pandemik itu,” katanya lagi.
Menurut laporan media, keputusan menarik balik itu dibuat selepas syarikat mengakui di mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
“Dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, beberapa pengakuan menyatakan vaksin COVID-19 buatannya boleh menyebabkan TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet darah menjadi rendah.
“Pengakuan itu membuka jalan tuntutan pampasan sebanyak 51 kes dikemukakan di mahkamah setakat ini dengan ganti rugi yang dituntut dianggarkan bernilai £100 juta (RM512 juta),” seperti yang dilaporkan BH online.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















