Cubaan seludup 16 ular hidup dari Thailand gagal
NEW DELHI — Seorang penumpang yang cuba menyeludup 16 ekor ular hidup dari Thailand ke India ditahan pihak berkuasa sejurus tiba di Lapangan Terbang Mumbai, kelmarin.
Menurut Kastam Lapangan Terbang Mumbai, insiden itu merupakan cubaan ketiga dalam bulan itu melibatkan penyeludupan hidupan liar dari Thailand.
“Pegawai kami berjaya menggagalkan satu lagi cubaan penyeludupan apabila 16 ekor ular hidup ditemui dalam bagasi seorang penumpang yang baru pulang dari Thailand.
“Satu trend yang semakin membimbangkan susulan peningkatan permintaan dalam pasaran haiwan peliharaan eksotik,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, ular itu terdiri daripada spesies yang sering menjadi buruan dalam perdagangan haiwan eksotik seperti garter snake, rhino rat snake dan Kenyan sand boa.
“Kebanyakan spesies ini tidak berbisa atau memiliki bisa yang terlalu lemah untuk mengancam manusia,” jelasnya.
Penumpang kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Dua insiden dikesan awal bulan ini, termasuk kes penyeludupan puluhan ular berbisa serta rampasan lebih 100 haiwan eksotik seperti cicak, burung matahari dan possum.
Pertubuhan pemantau perdagangan hidupan liar, menyifatkan situasi itu sebagai tanda peningkatan mendadak aktiviti penyeludupan akibat permintaan tinggi terhadap haiwan peliharaan eksotik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








