JENAYAH & MAHKAMAH

APMM tahan vesel asing Indonesia, disyaki seludup barang kawalan

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menahan sebuah vesel asing dipercayai dari Indonesia kerana disyaki melakukan aktiviti penyeludupan barang kawalan berupa gula dan beras di perairan Tanjung Datu Sarawak Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata bot ronda pihaknya berjaya mengesan dan menahan vesel itu sejurus menerima maklumat risikan.

“Keseluruhan kru adalah tiga warga Indonesia termasuk tekong dalam lingkungan umur 29 hingga 50 tahun.

“Nilai rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah lebih RM300 ribu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, kesemua kru bersama bot berkenaan dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1963 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut boleh menghubungi secara terus di talian MERS 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button