BERITA SEMASALUAR NEGARASUKAN

Chelsea lantik Liam Rosenior sebagai ketua jurulatih baharu

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea hari ini mengesahkan pelantikan Liam Rosenior sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak selama enam setengah tahun.

Rosenior sebelum ini merupakan jurulatih Strasbourg FC di Perancis.

“Saya amat berbesar hati dan terharu dilantik sebagai ketua jurulatih Chelsea. Ini adalah sebuah kelab yang mempunyai semangat tersendiri dan sejarah gemilang dalam memenangi trofi,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di portal rasmi Chelsea, hari ini.

Rosenior,41, akan memulakan tugasnya dengan mengendalikan perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang pasukan Liga Kejuaraan, Charlton Athletic, Sabtu ini.

Bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham esok, tugas kejurulatihan akan digalas Callum McFarlane

Sebelum bergelar jurulatih, Rosenior mempunyai pengalaman bermain selama 16 tahun dan pernah beraksi bersama Bristol City, Fulham, Reading, Hull City dan Brighton.

Selepas menggantung but pada 2018, Rosenior hampir membawa Hull mara ke play-off Liga Kejuaraan pada 2024 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Strasbourg, kelab milik syarikat induk Chelsea, BlueCo.

Kelab Perancis itu menamatkan saingan di tempat ketujuh Ligue 1 musim lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button