Pelantikan CEO baharu FGV akan libatkan golongan profesional – Zahid
KUALA LUMPUR – Golongan profesional dijangka akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FGV Holdings Bhd susulan peletakan jawatan Fakhrunniam Othman
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan itu perlu disegerakan bagi memastikan kesinambungan kepimpinan terus terpelihara.
Katanya, organisasi berkenaan memerlukan golongan profesional untuk mengetuainya selain pelantikan pengerusi baharu bagi memastikan kelangsungan pentadbiran.
“Apabila berlaku kekosongan, penggantian perlu dibuat secepat mungkin supaya tidak ada lompang. FGV juga perlu distrukturkan semula dan difokuskan kepada pasaran baharu serta pasaran jangka panjang yang sedang berkembang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama warga pengurusan tertinggi FELDA di ibu negara hari ini.
Semalam, media melaporkan Fakhrunniam secara rasmi meletak jawatan daripada syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu, namun tidak mengulas lanjut mengenai sebab peletakan jawatannya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid menegaskan kerajaan akan membantu memperkukuhkan FELDA serta FGV bagi menyelesaikan beberapa masalah dalaman yang dihadapi organisasi tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







