BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

CapitaPlus perhebat ganjaran hujung tahun di Melawati Mall

KUALA LUMPUR – Melawati Mall mengangkat pengalaman membeli-belah hujung tahun ke tahap lebih eksklusif dengan pelancaran CapitaPlus, platform ganjaran baharu yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Dalam satu kenyataan, Melawati Mall memaklumkan, antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk MacBook Air, penebusan istimewa serta pelbagai kelebihan kepada ahlinya sepanjang kempen “Chromatic Christmas”.

“Kempen itu membolehkan ahli CapitaPlus merebut peluang memenangi hadiah utama melalui kempen Chromatic Top Spender, hanya dengan berbelanja minimum RM100 dan memuat naik resit ke platform tersebut.

“Lebih banyak perbelanjaan, lebih tinggi peluang untuk membawa pulang hadiah,” katanya.

Selain itu, pengunjung turut ditawarkan ganjaran penebusan eksklusif mengikut jumlah perbelanjaan, termasuk Merry Charm, Merry Jar dan Merry Mist Purifier, tertakluk kepada terma, syarat dan jumlah resit yang ditetapkan.

“Pelanggan boleh menebus hadiah berdasarkan nilai pembelian iaitu RM100 bagi satu resit untuk penebusan Merry Charm (lima reka bentuk), RM180 bagi maksimum dua resit untuk penebusan Merry Jar, dan RM500 bagi maksimum tiga resit untuk penebusan Merry Mist Purifier,” katanya.

Chromatic Christmas meriahkan Melawati Mall

Melawati Mall

Memeriahkan lagi sambutan tahun ini, Melawati Mall mempersembahkan Chromatic Christmas Tunnel, iaitu terowong beriluminasi penuh warna yang dijangka menjadi tumpuan utama pengunjung untuk merakam memori perayaan di zon bergambar yang Instagrammable.

Setiap hujung minggu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan langsung termasuk tarian LED berkostum dan sesi walkabout karakter.

“Kanak-kanak turut ditawarkan pelbagai bengkel kreatif bertema Krismas seperti seni kraf manik dan pembuatan snow glow,” katanya.

Bazar krismas dan premis baharu

Melawati mall

Kemeriahan turut diserikan dengan Bazar Krismas di Centre Court yang menyediakan pelbagai barangan dan hadiah bermusim.

Pembukaan kedai baharu seperti Chagee, Luckin Coffee, Lapisan Pastisserie, Clarks, Monster Art Studio, Swing! Baseball Batting Centre dan Card Dojo mengukuhkan lagi kedudukan Melawati Mall sebagai destinasi gaya hidup pilihan.

Terdahulu, pusat beli-belah itu turut meraikan pemenang kempen Shop Smart Win Smart sebagai penghargaan kepada sokongan berterusan pengunjung.

Dengan gabungan ganjaran CapitaPlus, dekorasi mempesona dan aktiviti menarik, Melawati Mall mengajak orang ramai meraikan musim perayaan tahun ini dalam suasana penuh warna dan kegembiraan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button