
Butterfingers, Diskoria gegar Dataran Merdeka sempena Konsert Belia ASEAN
KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka bakal bergema dengan pelbagai irama muzik serantau apabila ASEAN Youth Concert 2025 berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 Jun ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2025.
Menurut kenyataan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) konsert itu menghimpunkan barisan artis dari negara-negara ASEAN yang akan mempersembahkan pelbagai genre muzik termasuk pop, hip hop, funk, disko, grunge serta persembahan tari kontemporari.

Penganjuran konsert itu merupakan salah satu inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, dalam memperkukuh hubungan serantau menerusi ekspresi seni dan budaya anak muda di rantau ini.
Malaysia akan diwakili oleh kumpulan grunge legenda tanah air, Butterfingers, kumpulan pop alternatif Fugo, kumpulan muzik rentak harmoni Voice of Percussion, serta kumpulan tarian profesional Zeppo Youngsterz.

Antara artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan termasuk Akeem dari Singapura, Aziz Harun dari Brunei, Diskoria dari Indonesia, Giana dari Vietnam, Jarvis dari Thailand dan Morobeats dari Filipina.
“Konsert ini adalah percuma dan terbuka kepada semua. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai membawa kerusi ‘healing’ untuk menikmati suasana santai sambil dihiburkan oleh artis-artis serantau di jantung ibu kota,” menurut kenyataan itu lagi.
Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi media sosial rasmi JBSNegara dan KBS Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








