LUAR NEGARA

Bot Rohingya dipercayai dalam perjalanan ke Malaysia terbalik, ratusan masih hilang

DHAKA – Kira-kira 250 pelarian Rohingya dan warga Bangladesh dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik lalu karam Laut Andaman.

Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, bot membawa lelaki, wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan tenggelam akibat angin kencang, “laut bergelora dan terlebih muatan”.

Bot tersebut berlepas dari Teknaf di selatan Bangladesh dan dipercayai sedang menuju ke Malaysia, kata UNHCR dan IOM dalam kenyataan bersama tersebut.

“Tragedi ini menonjolkan kos kemanusiaan yang dahsyat akibat pemindahan berpanjangan serta ketiadaan penyelesaian jangka panjang untuk Rohingya,” kata kenyataan itu lagi.

Pengawal pantai Bangladesh berkata, sebuah kapalnya yang dalam perjalanan ke Indonesia berjaya menyelamatkan sembilan orang daripada bot yang terbalik itu, termasuk seorang wanita, pada 9 April, kata AFP.

Sementara itu, menurut agensi berita Anadolu, daripada sembilan yang diselamatkan, enam dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia dan telah ditahan oleh pihak polis.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Rafiqul Islam, memberitahu AFP bahawa beliau telah dipujuk oleh sindiket pemerdagangan manusia yang menjanjikan pekerjaan di Malaysia.

“Kami terapung hampir 36 jam sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal di laut dalam,” tambahnya, dengan menyatakan bahawa antara 25 hingga 30 orang mati akibat sesak nafas dan keadaan terlalu padat sepanjang perjalanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button