BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bilangan mangsa banjir terus menurun, 22,396 mangsa masih di PPS

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di seluruh negara menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan berbanding semalam.

Setakat pukul 9 pagi ini, seramai 22,396 mangsa daripada 7,117 keluarga masih berlindung di PPS di sembilan negeri, menurun berbanding 37,328 mangsa yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,600 mangsa daripada 1,725 keluarga.

“Sebanyak 42 PPS dibuka di negeri itu, termasuk 15 di Manjung, yang menempatkan seramai 2,127 mangsa.

“Di Terengganu, seramai 5,175 mangsa masih berada di 97 PPS, menunjukkan penurunan besar berbanding 10,326 mangsa yang direkodkan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penurunan itu menjadikan Terengganu antara negeri yang mencatat pemulihan terpantas dalam tempoh 24 jam.

Selangor pula merekodkan 3,631 mangsa daripada 1,040 keluarga yang ditempatkan di 35 PPS setakat pagi ini.

Di Perlis, sebanyak 3,522 mangsa daripada 1,367 keluarga berada di 423 PPS di tiga daerah.

Beberapa negeri lain juga terus melaporkan penempatan mangsa banjir di PPS, iaitu:

Kelantan: 1,776 mangsa

Kedah: 1,054 mangsa

Pahang: 1,372 mangsa

Negeri Sembilan: 214 mangsa

Melaka: 52 mangsa

Situasi keseluruhan masih dipantau rapi oleh pihak berkuasa negeri dan agensi penyelamat di lapangan.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini banjir melalui portal rasmi InfoBanjir di laman publicinfobanjir.water.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button