
Lebih 4,000 usahawan mikro dinaik taraf melalui inisiatif BSN Mikro MADANI
KUALA TERENGGANU – Lebih 4,000 usahawan mikro di seluruh negara berjaya dinaik taraf menjadi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelaksanaan inisiatif BSN Mikro MADANI.
Perkara itu dimaklumkan sempena Karnival BSN Mikro Madani Zon Pantai Timur anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN), yang diadakan bagi memperkukuh ekosistem usahawan mikro dan pertumbuhan ekonomi setempat.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata penganjuran karnival berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang BSN dalam mendukung kemajuan ekonomi mikro di Malaysia.
“Sehingga kini, BSN telah menyalurkan lebih RM5 bilion pembiayaan mikro kepada hampir 170,000 usahawan mikro di seluruh negara.
“Ini bukti jelas bahawa kami bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan, tetapi juga membina daya tahan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga : 51 syarikat terima anugerah IDEA 2025, angkat etika Islam dalam keusahawanan
Terdahulu, majlis pelancaran karnival BSN itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim, di Pasar Payang, Kuala Terengganu semalam.
Dalam majlis sama, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara BSN dan beberapa rakan strategik termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), TikTok Shop Malaysia, SME Bank dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan sokongan Jabatan Penjara Malaysia.

(tengah) dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburahman Abd Rashid (empat dari kiri) hadir pada majlis Karnival BSN Mikro MADANI Zon Pantai Timur di Pasar Payang, Kuala Terengganu yang berakhir semalam.
Kerjasama ini bertujuan memperkukuh ekosistem keusahawanan mikro negara, memperluas capaian kepada golongan terkesan serta menyokong agenda kewangan sosial Islam seperti Program iTEKAD.
Karnival BSN Mikro Madani menjadi platform sehenti yang menghimpunkan usahawan mikro, agensi kerajaan, institusi kewangan serta rakan industri bagi berkongsi ilmu, memperluas rangkaian dan mempromosi perkhidmatan serta produk tempatan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kaunseling kewangan, penstrukturan semula pembiayaan, serta pengenalan Skim Mikro MADANI, yang diperkenalkan bagi menyokong keperluan kewangan usahawan kecil.
Sementara itu, BSN turut memperkenalkan inisiatif BSN Micro Community, satu ekosistem menyeluruh yang merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, pemasaran dan pendigitalan.
Karnival itu turut mengetengahkan padanan perniagaan melalui kerjasama strategik seperti Program Modern Trade Ready bersama AEON Malaysia serta peluang penembusan pasaran digital menerusi TikTok Shop.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |