BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

MHS Gold lancar aplikasi emas digital interaktif, perluas akses simpanan serendah RM10

PETALING JAYA – Akses pemilikan emas kini menjadi lebih mudah dan tersusun apabila MHS Gold melancarkan aplikasi emas digital interaktif yang membolehkan orang ramai membeli dan mengurus pegangan emas secara dalam talian dengan pembelian serendah RM10.

Pengasas MHS Gold, Mohamad Hifzhan Saifuddin berkata, pembangunan aplikasi tersebut memberi penekanan kepada kemudahan serta pengalaman pengguna bagi memastikan proses memiliki emas menjadi lebih ringkas dan tidak membebankan.

Menurut beliau, pendekatan itu juga bertujuan menggalakkan lebih ramai individu daripada pelbagai peringkat umur untuk mula menyimpan emas secara konsisten mengikut kemampuan masing-masing.

“Fokus kami adalah untuk memudahkan orang ramai membeli emas tanpa melalui proses yang rumit. Pada masa sama, kami mahu pengguna berasa selesa menggunakan aplikasi ini supaya mereka dapat mengurus simpanan dengan lebih teratur.

“Apabila proses menjadi mudah dan konsisten, ia secara tidak langsung membantu membina disiplin dalam kalangan pengguna untuk menyimpan emas dalam jangka panjang,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di sini semalam.

mhs gold
Yana Samsudin diumumkan sebagai duta MHS Gold, sekali gus menyertai kempen memperkenalkan aplikasi emas digital interaktif yang menawarkan kemudahan simpanan emas.

Dalam majlis sama, pelakon Yana Samsudin diumumkan sebagai duta MHS Gold, pemilihan yang dibuat berdasarkan imej dan reputasi positif beliau, selain penglibatannya sebelum ini dalam mempromosikan emas.

Sementara itu, selain fungsi asas sebagai platform jual beli emas, aplikasi ini turut dilengkapi elemen interaktif seperti ganjaran harian, sistem kedudukan pengguna serta ciri penetapan sasaran simpanan yang membantu pengguna memantau perkembangan pegangan emas mereka dengan lebih jelas.

Dalam pada itu, pengguna juga diberi fleksibiliti untuk menukar pegangan emas digital kepada bentuk fizikal apabila mencapai jumlah tertentu, sebelum dihantar ke alamat masing-masing melalui perkhidmatan penghantaran.

Mengulas lanjut, Mohamad Hifzhan memaklumkan aplikasi tersebut kini berada di fasa akhir untuk mendapatkan pengesahan patuh syariah dengan penglibatan panel penasihat yang dilantik.

Setakat ini, aplikasi berkenaan telah mencatat lebih 2,000 pengguna walaupun baru dilancarkan secara rasmi, dengan nilai pembelian mencecah lebih setengah juta ringgit dalam tempoh singkat.

Dalam usaha memperluaskan capaian, MHS Gold menyasarkan untuk mencapai satu juta pengguna aktif serta melahirkan kira-kira 10,000 ejen profesional di seluruh negara.

Syarikat itu turut menegaskan komitmen untuk mematuhi garis panduan operasi yang ditetapkan serta memastikan setiap urus niaga disokong oleh emas fizikal, sekali gus menjamin ketelusan dan keyakinan pengguna terhadap platform berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button