BERITA SEMASADALAM NEGERI

UMS akan buat laporan polis, kecam tindakan bakar karikatur Perdana Menteri

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan membuat satu laporan polis berhubung insiden pembakaran karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh peserta Perarakan Gempur Rasuah 2.0 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, UMS menegaskan pihaknya memandang serius tindakan tersebut yang disifatkan sebagai tidak beradab, kurang matang dan langsung tidak mencerminkan intelek mahasiswa institusi pengajian tinggi.

“Tindakan membakar karikatur pemimpin negara bukan sahaja bercanggah dengan norma perhimpunan aman, malah boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan peserta serta orang awam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Baca juga : Tindakan bakar karikatur PM ancam keselamatan awam, semai kebencian

UMS turut menegaskan pihaknya menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan universiti itu dengan insiden terbabit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu, UMS turut melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kumpulan berkenaan yang mempertikaikan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Pelantikan tersebut dibuat dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sewajarnya dihormati,” kata UMS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button