
Tabung haji sumbang zakat korporat RM800,000 kepada UTHM
BATU PAHAT – Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan zakat korporat berjumlah RM800,000 kepada
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam satu majlis yang berlangsung sempena penutupan Karnival Mahabbah Komuniti Madani 2025 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad kepada pihak pengurusan universiti.
“TH terus menzahirkan komitmen tinggi terhadap kesejahteraan ummah menerusi agihan zakat korporat, khususnya dalam menyokong aspek pendidikan tinggi dan kebajikan pelajar.
“Sebagai institusi kewangan Islam yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan ummah, sumbangan zakat korporat ini mencerminkan komitmen TH dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi dan kebajikan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, dana zakat yang diterima akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu keperluan pelajar, selaras dengan usaha universiti untuk memperkasa peranan institusi pengajian tinggi dalam pembangunan insan dan masyarakat.
“Dana tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan pelajar UTHM, sejajar dengan usaha universiti memperkasa peranan sebagai institusi yang bukan sahaja melahirkan graduan berkualiti, tetapi juga membentuk masyarakat yang sejahtera dan berdaya saing,” jelasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment