BERITA SEMASADALAM NEGERI

MARA akan hapuskan budaya buli sehingga ke akar – Asyraf Wajdi

BESUT – Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited untuk menghapuskan budaya buli dalam kalangan pelajar di institusi pendidikannya sehingga ke akar umbi.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata MARA memandang serius isu buli dan telah menggariskan pendekatan tegas melalui prinsip “You Touch, You Go”.

“Tiada kompromi terhadap mana-mana pelajar yang terlibat secara langsung mahupun bersubahat dalam perlakuan buli,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Asyraf melakukan lawatan mengejut ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut semalam susulan insiden buli yang tular melibatkan beberapa pelajar maktab berkenaan baru-baru ini.

Lawatan tanpa makluman awal kepada pihak pengurusan MRSM itu dilakukan sejurus beliau selesai merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima.

@malaysiatribune

Buli bukan DNA MRSM, Dr Asyraf Wajdi mahu budaya buli dihapuskan sampai ke akar #malaysiatribune #beritasemasa #mrsm

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Asyraf berkata, beliau amat kecewa dan dukacita apabila mendengar terdapat insiden buli berlaku di maktab berkenaan.

Menurut beliau, MRSM bukan sekadar institusi akademik tetapi merupakan medan pembentukan akhlak, jati diri dan kepimpinan masa depan negara.

Oleh itu, satu insiden tidak wajar dibiarkan mencemarkan reputasi institusi yang menjadi harapan besar negara.

“Saya sempat berjumpa dengan anak-anak pelajar dan menitipkan nasihat agar menjauhi budaya yang tidak mencerminkan nilai Ulul Albab, sahsiah MARA dan prinsip pendidikan yang kami perjuangkan,” jelasnya.

Tegas Asyraf, usaha berterusan MARA dalam memastikan semua MRSM bebas daripada budaya toksik yang boleh menggugat masa depan pelajar

“MARA komited untuk menghapuskan budaya buli hingga ke akar umbi. Sasaran kita jelas – MRSM Sifar Buli,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button