BERITA SEMASA

JKM Selangor siasat taska didakwa langgar SOP, dera kanak-kanak

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor mengesahkan sudah menerima tiga aduan berkaitan sebuah taska yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) termasuk melibatkan isu penderaan di negeri ini.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, semua aduan berkenaan kini dalam siasatan pihaknya dan pegawainya telah turun ke lokasi terlibat pagi tadi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Setakat ini, JKM menerima tiga aduan melibatkan cawangan taska berkenaan di Seksyen 3, Kota Kemuning dan Puchong Prima.

“Semua kes ini dalam siasatan JKM dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan mengesahkan menerima laporan daripada Timbalan Ketua Pengarahnya selepas dimaklumkan pempengaruh terkenal, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli.

“Buat masa ini terdapat dua premis di bawah pembiayaan MARA iaitu di Klang dan Bestari Jaya. Namun, kejadian yang didakwa berlaku di Kota Kemuning tidak melibatkan operator di bawah pembiayaan MARA,” katanya.

Asyraf Wajdi turut menegaskan, siasatan menyeluruh tetap akan dilaksanakan kerana tidak mahu agensi tersebut terus membiayai atau berkolaborasi dengan mana-mana institusi yang mempunyai rekod gagal menjaga kualiti pendidikan dan keselamatan kanak-kanak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button