BERITA SEMASA

Isu di sempadan Thailand – Kemboja: Anwar akan hubungi Paetongtarn Shinawatra

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menghubungi Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, hari ini susulan ketegangan yang semakin memuncak di sempadan Thailand-Kemboja.

Sebagai Pengerusi ASEAN Anwar berkata, Malaysia mengambil maklum situasi yang berlaku antara kedua-dua negara tersebut.

“Pada jam 2.15 petang, saya akan telefon Perdana Menteri Thailand (Paetongtarn Shinawatra),” katanya ringkas kepada media.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan di sini, sebentar tadi.

Katanya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan selepas perbincangan bersama pemimpin Thailand itu.

Terdahulu, pada 28 Mei lalu, pasukan tentera Thailand dan Kemboja dilaporkan terlibat dalam satu pertempuran singkat yang berlaku di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand dan wilayah Preah Vihear, Kemboja sehingga mengorbankan seorang anggota tentera.

Sehubungan itu, pihak Kemboja menyuarakan hasrat untuk membawa pertikaian berkenaan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mencari penyelesaian sah di peringkat global.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra menegaskan pendirian negaranya untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Selain komited menyelesaikan isu berkenaan menerusi kerangka undang-undang dan perjanjian sedia ada bersama Kemboja, khususnya di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) 43.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button