BERITA SEMASA

‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ tema Sambutan HKHM tahun ini

PUTRAJAYA – ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi tahun ini.

Tema tahun tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan dalam membina sebuah negara yang maju, inklusif dan sejahtera berteraskan gagasan Malaysia MADANI.

“Berpaksikan nilai-nilai keadilan, kemanusiaan dan kebajikan, tema ini menegaskan bahawa kesejahteraan negara hendaklah dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata demikian dalam sidang media mingguan, di sini hari ini.

Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 akan dimulakan dengan penganjuran Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 pada 18 Julai 2026 di Perak, diikuti dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 di Putrajaya serta Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026 di Sarawak.

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai program dan aktiviti pengisian akan dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, kebersamaan serta cintakan negara.

Antaranya termasuk Kembara Bahasa HKHM, Quran Hour, 1Rumah 1Jalur Gemilang (1R1JG), Ambang Merdeka, Kira Detik Merdeka, RIUH Merdeka dan Majlis Memperingati Negarawan.

Orang ramai boleh melayari Portal Rasmi Merdeka360 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi, jadual program serta pelbagai aktiviti lain yang akan dilaksanakan di peringkat kebangsaan, kementerian dan negeri sempena sambutan HKHM 2026.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button