Pembukaan semula semua ruang udara Iran ditangguh hingga Sabtu
TEHRAN – Iran menangguhkan pembukaan semula sepenuhnya ruang udara sehingga Sabtu ini bagi menjamin keselamatan penumpang serta kelancaran operasi penerbangan.
Menurut Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran, Majid Akhavan, setakat ini hanya ruang udara di bahagian timur negara itu dibuka semula untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
“Ruang udara di utara, selatan dan barat kekal ditutup sehingga pukul 2 petang waktu tempatan Sabtu (1030 GMT).
“Langkah ini diambil secara berperingkat demi memastikan keselamatan sepenuhnya sebelum operasi penuh dapat disambung semula,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kementerian memaklumkan pembukaan semula ruang udara di sebelah timur sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan semula trafik udara yang terjejas akibat konflik.
Iran sebelum ini mengambil langkah menutup ruang udaranya pada 13 Jun susulan serangan ketenteraan Israel yang menyasarkan Tehran dan beberapa lokasi strategik lain di negara itu.
Ketegangan yang tercetus selama hampir dua minggu itu selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan gencatan senjata pada Selasa hasil usaha mediasi yang dipimpin Amerika Syarikat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






