
Fahmi Fadzil ucap takziah pemergian isteri Premier Sarawak
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melahirkan rasa dukacita atas pemergian isteri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg iaitu Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.
“Innalillahi wa inna ilaihirajiun. Dengan penuh rasa dukacita, saya menzahirkan ucapan takziah kepada Tan Sri Abang Johari atas pemergian isteri yang amat dikasihi.
“Semoga Tan Sri sekeluarga dikurniakan kesabaran dan ketabahan hati dalam berdepan kehilangan ini. Doa kami sentiasa mengiringi Tan Sri,” tulis Fahmi menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Beliau turut menitipkan doa buat roh Allahyarhamah yang meninggal dunia pada pukul 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah, Kuching, Sarawak.
BACA : Anwar ucap takziah pemergian isteri Premier Sarawak
“Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah buat Allahyarhamah,” katanya lagi.
Juma’ani menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 1977 dan mempunyai sepasang cahaya mata.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |