Awie minta Amy Search jelaskan kontroversi
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular tanah air, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa apabila terus dikaitkan dengan kontroversi membabitkan seorang penyanyi legenda yang didakwa menyerang artis wanita secara terbuka baru-baru ini.
Tanpa menamakan secara langsung insiden yang dimaksudkan, Awie dalam satu hantaran di Facebook hari ini menyatakan tekanan yang dihadapinya susulan spekulasi netizen yang mengaitkan dirinya dengan isu berkenaan.
Beliau turut meminta penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search agar tampil menjelaskan perkara sebenar demi membersihkan namanya yang turut terheret dalam kontroversi tersebut.
“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku. Ambillah tanggungjawab ini, beritahu perkara yang sebenarnya.
“Penat dan senak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau,” tulisnya.
Terdahulu, pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi wanita, Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, laporan itu dibuat oleh Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah pada 10 Julai lalu kira-kira jam 5.31 petang di Balai Polis Dang Wangi.
Bagaimanapun, Awie tidak memperincikan apakah isu sebenar yang mencetuskan ketegangan antara beliau dan Amy atau sejauh mana penglibatannya dalam kes berkenaan.
Kontroversi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati seni tanah air yang berharap agar perkara itu dapat diselesaikan secara baik demi menjaga nama mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |























One Comment