BERITA SEMASA

Beri masa KPM kaji semula UPSR, PT3 – Fadhlina

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta orang ramai memberi masa kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyiapkan kajian berkaitan kemungkinan menghidupkan semula peperiksaan UPSR dan PT3.

“Sebarang penjelasan rasmi hanya akan diberikan selepas dapatan kajian dibentangkan kepada Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Ladang Regent Elmina, di sini, sempena hari pertama pembukaan sekolah sesi 2026.

@malaysiatribune

Fadhlina Sidek berkata pihaknya sekarang sedang mengkaji perkara tersebut dan mandat telah diberikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri. #malaysiatribune #fadlinasidek #upsr #pt3 #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Fadhlina berkata, kementerian kini menjalankan pendekatan teliti dan menyeluruh termasuk mengadakan perbincangan bersama Majlis Penasihat Pendidikan Negara (MPPK) sebelum membuat sebarang cadangan.

“Berilah kami sedikit masa kerana ini adalah proses kajian yang sedang dijalankan.

“Pandangan kementerian akan dibawa ke MPPK,” katanya lagi.

Fadhlina turut berkata, kementerian mengambil serius kebimbangan ibu bapa dan sedang menilai cadangan mereka selaras dengan rangka kerja penilaian sedia ada.

UPSR dan PT3 dimansuhkan pada 2021 dan 2022 serta digantikan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang menurut KPM bertujuan menilai pelajar secara lebih holistik dan memberi guru fleksibiliti dalam pengajaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button