Berhabis RM250,000 bawa 23 pemenang tunai umrah, netizen puji usaha murni Bulan Bintang
KUALA LUMPUR – Jenama baju Melayu popular, Bulan Bintang sanggup membelanjakan sejumlah RM250,000 bagi meraikan 23 pemenang bertuah menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
Menerusi kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya, jenama itu mengotakan janji dengan menghantar 14 orang pemenang lelaki dan 9 orang pemenang wanita mengerjakan ibadah tersebut.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang mesra dipanggil Meri meluahkan rasa gembira kerana dapat menghantar pemenang bertuah menunaikan ibadah di Tanah Suci.
“Bila saya bercakap mengenai perkara ini, saya rasa sangat gembira. Untuk tahun-tahun sebelum ini, kami menghantar pemenang bertuah pakej umrah secara berasingan.
“Tahun ini sedikit istimewa apabila kami berkolaborasi bersama Tabung Haji Travel and Services, mereka berbesar hati mengatur satu rombongan besar untuk semua pemenang menunaikan umrah,” kata Meri.
Berkongsi sedutan visual sebelum berangkat ke Tanah Suci di platform media sosial Instagram dan TikTok, usaha Meri dan jenama itu menerima pujian netizen.
“Tahniah Bulan Bintang! Teruskan usaha murni ini. Alhamdulillah,” komen @milobasimhm.
“My brother! Alhamdulillah, rezeki dapat jemputan umrah asbab Bulan Bintang,” tulis @hanizanmdnasir pula.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur,” kata @emmamohd_hairstylist_mua.

Menerusi kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya, jenama itu membalas jasa semua yang telah menyokong Bulan Bintang.
Menurut Meri lagi, sejumlah RM11 juta telah dibelanjakan dan keseluruhannya dikembalikan kepada pembeli.
“Perbelanjaan sebanyak RM6.2 juta diperuntukkan dengan pemberian 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau pelanggan boleh memilih baju batik modern fit berharga RM129 secara percuma.
“Bagi baju batik tersebut, sebanyak RM1.6 juta telah digunakan,” jelas Meri.

Melalui kempen itu juga, setiap pembeli turut diberi peluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta yang merangkumi pelbagai hadiah menarik seperti dua buah kereta, motosikal, iPhone, pakej umrah dan percutian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


