BERITA SEMASA

Baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru – PM 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peluasan pemberian baucar buku kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara bermula tahun ini.

Menurut beliau, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Tahun ini kita beri baucar kepada semua guru-guru. Tahun depan kita tengok dahulu sebab kita sedang bertarung dengan tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan keperluan untuk menetapkan garis panduan yang jelas dalam pelaksanaan inisiatif tersebut bagi memastikan hanya buku berkualiti tinggi yang layak ditebus menggunakan baucar berkenaan.

“Harus ada garis panduan. Tidak semua buku yang diberi itu berkualiti dan mampu menggalakkan ilmu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pemberian baucar buku kepada pelajar universiti akan diteruskan, namun dengan sedikit penyesuaian dari segi pelaksanaannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button