LUAR NEGARA

Bashar al-Assad, keluarga berlindung di Rusia

MOSCOW – Presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad dan keluarganya dilaporkan sedang berlindung di Rusia selepas diberikan suaka politik.

Media Rusia TASS yang memetik sumber di Kremlin berkata, suaka tersebut diberikan atas dasar kemanusiaan.

Laporan tersebut menolak desas-desus sebelum ini yang mengatakan Bashar terbunuh dalam satu nahas pesawat di Homs, Syria, semalam.

Bashar meninggalkan Syria selepas pejuang pemberontak menawan Damsyik tanpa ditentang, semalam.

Sumber Kremlin turut memberitahu, Rusia memilih penyelesaian politik kepada krisis di Syria, di mana Moscow menyokong Bashar sewaktu perang saudara yang panjang.

Dalam masa sama, sumber itu berkata, rundingan perlu disambung semula di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pemimpin pembangkang Syria juga menyatakan persetujuan untuk menjamin keselamatan pangkalan tentera Rusia dan institusi diplomatik di Syria, kata sumber itu kepada TASS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button