JENAYAH & MAHKAMAH

Bapa OKU didakwa rogol anak

SEREMBAN – Seorang buruh berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas kesalahan merogol anak kandungnya pada 12 November tahun lalu.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh berusia 47 tahun itu telah merogol anak perempuannya yang pada ketika itu berusia 16 tahun enam bulan di sebuah kediaman di Rembau.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun serta boleh dikenakan tidak kurang daripada 10 sebatan jika didapati bersalah.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datin Surita Budin, memetik Berita RTM hari ini.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 3 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button