Bapa dipercayai khayal ugut bunuh anak
PASIR PUTEH – Seorang lelaki disyaki sedang khayal akibat pengaruh dadah dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya yang berusia dua tahun dalam kejadian di Jalan Pak Mayong, Tok Bali di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, suspek dikatakan berjalan ke tepi sebuah jeti sambil membawa anaknya dan memegang serpihan botol kaca.
“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.
“Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya, hari ini.
Pemeriksaan fizikal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan.
Buat mas aini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








