BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Bank Negara perkenal duit syiling peringatan JPN

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun ke-75 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated.

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling merupakan duit syiling berbentuk segi empat tepat yang pertama di Malaysia dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 32.7 gram.

Nilai muka duit syiling itu ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM330 sekeping. Ketika ini, sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

Manakala Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated pula diperbuat daripada tembaga serta beberapa logam lain dan mempunyai berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui portal rasmi BNM mulai hari ini hingga 14 Julai 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button