SUKANBERITA SEMASA

BAC: Zii Jia tewas mudah kepada Jonathan Christie

NINGBO – Wakil perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia, tewas kepada Jonathan Christie pada pusingan suku akhir Badminton Asia (BAC).

Dalam pusingan tersebut, wakil perseorangan badminton negara, berdepan cabaran hebat, tidak mampu menghentikan kemaraan daripada pemain pilihan ketiga, wakil perseorangan dari Indonesia itu.

Zii Jia bermula set pertama dengan melepaskan lima mata awal dan mengalami kepayahan menyaingi kehebatan Jonathan Christie sepanjang set, akhirnya tewas dengan skor 11-21.

Keadaan tidak memihak kepada Zii Jia dalam set kedua apabila hanya mampu meraih enam mata, manakala Jonatan Christie mendahului sehingga kemenangan bergaya 21-6.

Jonatan Christie yang merupakan juara Kejohanan Seluruh England, kini bersedia untuk bertemu dengan pilihan utama dari China, Shi Yuqi, dalam separuh akhir esok.

Peminat badminton menjangkakan perlawanan sengit kedua mereka untuk melihat siapa yang akan melangkah ke pentas akhir BAC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button