POLITIK

Azmin Ali letak jawatan SU Agung Perikatan Nasional mulai 1 Jan 2026

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun media sosial miliknya, hari ini.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai setiausaha agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin

“Maka, saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026.

“Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama,” katanya di Facebook, hari ini.

Mohamed Azmin turut merakamkan terima kepada semua pihak yang memberikan kerjasama kepadanya.

Untuk rekod, Azmin diumumkan sebagai setiausaha agung PN pada 10 Dis tahun lalu, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga daripada BERSATU

Peletakan jawatan Azmin susulan pengumuman Muhyiddin bahawa beliau meletakkan jawatan selaku Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan, malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button