SUKAN

Azizul raih emas ke-12 acara kierin di pentas Asia

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati ramalan selepas berjaya meraih pingat emas ke-12 acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai pada Ahad.

Pelumba yang diberi gelaran “The Pocket Rocketman” menamatkan saingan final itu selaku pelumba terpantas dengan catatan masa 10.005 saat untuk meninggalkan pelumba Jepun, Shinji Nakano, di tempat kedua dengan perbezaan 0.097 saat.

Lebih manis, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, turut mengiringi Azizulhasni ke podium dengan memenangi pingat gangsa mengatasi empat pelumba lain.

Dengan berbaki setahun lagi untuk Olimpik Paris 2024, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berada di landasan terbaik bagi menghadirkan kilauan pingat emas pertama buat Malaysia di temasya sukan terbesar dunia itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button