JENAYAH & MAHKAMAH

Azam Baki fail saman fitnah terhadap Bloomberg

CYBERJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini memfailkan saman fitnah terhadap agensi berita Bloomberg berhubung penerbitan artikel yang didakwa memfitnah dirinya.

Azam sebagai plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Zain Megat & Murad di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dan menamakan Bloomberg LP dan Bloomberg (Malaysia) Sdn Bhd sebagai defendan.

Tetuan Zain Megat & Murad dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sivil itu berhubung penerbitan artikel yang didakwa berunsurkan fitnah terhadap anak guamnya.

“Menerusi saman ini, anak guam kami menuntut ganti rugi yang sewajarnya serta perintah injuksi kekal.

“Anak guam kami menegaskan bahawa segala dakwaan itu adalah tidak berasas dan telah memulakan proses perundangan ini bagi mempertahankan reputasinya,” katanya firma tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah, semua pihak diminta menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan memandangkan perkara tersebut telah difailkan secara rasmi di mahkamah.

Laporan media sebelum ini menyebut, Azam menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta atas laporan disiarkan Bloomberg yang didakwa menjejaskan reputasi dan kedudukannya secara profesional.

Firma guaman mewakili Azam itu telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg susulan laporan yang disifatkan berunsur fitnah berkait dakwaan beliau memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button