Azam Baki dilantik semula untuk tempoh setahun lagi
KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Selaras dengan subsekyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pelantikan semula Azam Baki dibuat berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM.
Sepanjang mengetuai SPRM, Azam Baki dilihat telah mendedahkan pelbagai jenis kes rasuah besar termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








