Ayam Brand lancar peraduan, beli produk RM20 rebut hadiah sehingga RM150,000
KUALA LUMPUR – Ayam Brand memperkenalkan dua varian sardin baharu yang diinspirasikan cita rasa tempatan, selain menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM150,000 menerusi peraduan peringkat kebangsaan.
Dua produk baharu itu ialah Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas dan Sardin Dalam Sos Tomato Cili yang dilancarkan hari ini bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna menikmati hidangan sardin mengikut selera masing-masing.
Kedua-dua varian berkenaan dihasilkan berdasarkan profil rasa yang sememangnya dekat dengan cita rasa tempatan dan sesuai dijadikan bahan utama dalam pelbagai resipi kegemaran keluarga.
Sama ada dinikmati terus dari tin, bersama nasi atau roti mahupun diolah menjadi resipi istimewa keluarga, kedua-dua perisa baharu itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia meneroka pelbagai cara menikmati hidangan sardin.
Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas menggabungkan keenakan sardin goreng dengan rasa kicap manis bercili yang pedas dan manis.
Sardin Dalam Sos Tomato Cili pula menggabungkan keenakan sos tomato yang digemari ramai dengan kepedasan cili yang membangkitkan selera.
Kedua-dua varian boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan asas kepada pelbagai masakan di rumah, sekali gus menawarkan kemudahan tanpa menjejaskan keenakan rasa.
Seperti produk Ayam Brand yang lain, kedua-dua varian baharu itu tidak mengandungi bahan pengawet tambahan, selain membekalkan Omega-3 dan tinggi protein secara semula jadi.
Pilihan berkenaan sesuai untuk menyediakan makan tengah hari dengan cepat, menambah rasa pada mi atau bubur nasi, atau dinikmati terus selepas dipanaskan, khususnya bagi keluarga yang sibuk serta mementingkan rasa dan kualiti.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, Sardin sememangnya mempunyai tempat yang istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya makanan di negara ini.
“Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menikmati sardin, daripada hidangan ringkas hingga resipi istimewa keluarga yang diwarisi turun-temurun.
“Perisa baharu kami diinspirasikan oleh kreativiti tersebut, dan kami mahu meraikannya dengan memberi rakyat Malaysia peluang yang lebih luas untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera dan tradisi masing-masing,” katanya.

Sempena pelancaran itu, Ayam Brand turut mengajak rakyat Malaysia menyertai peraduan peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober ini.
Penyertaan adalah mudah dengan peserta perlu membeli produk Ayam Brand bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit, mengimbas kod QR pada poster Ayam Brand dan memuat naik resit berkenaan.
Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama sebuah Proton e.MAS 5, selain hadiah wang tunai, air fryer dan kredit e-Wallet.
Sardin Dalam Sos Tomato Cili dan Sardin Goreng Dalam Kicap Manis Pedas Ayam Brand™ kini boleh didapati di semua pasar raya utama di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan, orang ramai boleh melayari ayambrand.com.my/belidanmenang dan mengikuti @ayambrandmy di Instagram.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





