BERITA SEMASA

SK Desa Tun Hussein Onn ungguli program Makan Bijak Ayam Brand 2025

KUALA LUMPUR – Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tun Hussein Onn muncul sebagai pemenang utama dalam Pertandingan Mural Antara Sekolah bagi Program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025.

Kemenangan itu dilihat sebagai pencapaian berganda apabila sekolah sama turut membawa pulang kemenangan tempat pertama dan kedua dalam Pertandingan Seni Individu, sekali gus menonjolkan bakat murid dalam mempersembahkan mesej pemakanan sihat melalui kreativiti.

SK Desa Tun Hussein Onn ungguli program Makan Bijak Ayam Brand 2025
SK Desa Tun Hussein Onn ungguli program Makan Bijak Ayam Brand 2025

Program anjuran Ayam Brand™ itu turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya yang melibatkan lebih 6,300 murid dari 30 sekolah.

Ia bertujuan menyemai kefahaman mengenai pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dengan gabungan ilmu nutrisi dan seni visual.SK Desa Tun Hussein Onn ungguli program Makan Bijak Ayam Brand 2025

Menurut Ketua Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd., Teoh Wei Ling berkata, pendekatan kreatif dilihat mampu menarik minat murid untuk memahami manfaat pemakanan seimbang dalam kehidupan harian.

“Kanak-kanak mempunyai imaginasi yang luas. Apabila seni digabungkan dengan nutrisi, ia membantu mereka memahami bahawa gaya hidup sihat adalah sebahagian daripada ekspresi diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertandingan mural yang menjadi kemuncak program itu menyaksikan pasukan SK Desa Tun Hussein Onn menghasilkan mural bertema gaya hidup sihat dengan mesej jelas yang menekankan kepentingan pemakanan seimbang.

Kemenangan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta trofi.

Sementara itu, dalam Pertandingan Seni Individu, murid sekolah berkenaan, Nur Zara Afina Zamzairil, dinobatkan sebagai juara, manakala rakan sekolahnya, Siti Nur Shakirah Saari meraih tempat kedua.

Penyertaan mereka menyerlah melalui mesej kreatif yang memfokuskan ceria dan kesihatan.

Penolong Pengarah Kanan Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muslim Mustafa berkata, pencapaian SK Desa Tun Hussein Onn membuktikan bahawa pendekatan pendidikan berasaskan pengalaman mampu melahirkan murid yang lebih yakin dan kreatif.

“Program ini bukan sekadar pertandingan tetapi satu platform yang menghubungkan seni, nutrisi dan nilai murni dalam diri murid,” katanya lagi.

Alya Hani dari SK Taman Seri Gombak 2 yang turut memenangi saguhati pertandingan mural berkata, amalan pemakanan sihat memberinya lebih tenaga ketika berkarya.

“Kami melukis mural tentang bagaimana makanan sihat menjadikan kami kuat dan ceria.

“Mural itu kini menjadi motivasi kepada semua murid sekolah,” katanya lagi.

Dengan kejayaan itu, SK Desa Tun Hussein Onn sekali lagi membuktikan peranan aktifnya sebagai sekolah yang komited membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti pendidikan dan seni.

Program Ayam Brand™ tersebut turut mengukuhkan komitmen jenama makanan itu dalam mempromosi pemakanan sihat serta memperkasa komuniti sejak lebih 130 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button