BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

PNB umum dividen ASB 2025 kekal 5.75 sen seunit

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Menurut ASNB, jumlah agihan yang melibatkan pembayaran sebanyak RM10.4 bilion bakal memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit ASB, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion.

“ASB mengekalkan kadar pengagihan dividennya sama seperti tahun 2024 dan terus memberikan pulangan mampan yang mengatasi pasaran apabila ia berjaya meningkatkan jurang daya saing berbanding penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata 2.29 peratus, kepada 346 mata asas.

“Kami telah mencatatkan prestasi yang baik merentasi fokus utama, iaitu meningkatkan aliran masuk bersih pelanggan, menyampaikan pengagihan pendapatan yang mampan kepada pemegang unit, serta memperkukuh modal proprietari PNB.

“Ini telah menghasilkan peningkatan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 4.5% kepada RM364 bilion,” katanya Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Untuk rekod, sepanjang tahun ini, ASNB telah mengagihkan dividen berjumlah RM15.3 bilion, tertinggi pernah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan pengagihan sejak penubuhannya mencecah RM279 bilion.

Pencapaian ini mencerminkan trajektori prestasi yang positif dan konsisten merentasi semua 18 dana unit amanahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button