Anwar doakan kesembuhan Sultan Selangor
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gering akibat dijangkiti virus Influenza A.
Beliau turut mendoakan agar baginda sentiasa berada dalam lindungan dan limpahan rahmat Allah SWT.
“Mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan, segera dikurniakan kesembuhan dan keafiatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Terdahulu, Istana Alam Shah dalam kenyataan memaklumkan jangkitan itu dikesan oleh dua doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Onah dan Datuk Dr Tan Hui Meng, selepas Sultan Sharafuddin mengalami demam panas serta kelemahan anggota badan sejak pagi semalam.
Berikutan itu, Sultan Sharafuddin dinasihatkan supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis selama lima hingga tujuh hari bagi membolehkan baginda pulih sepenuhnya
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








