Amirudin yakin pengalaman Azman mampu perjuang nasib penduduk Paya Rumput
MELAKA – Pengalaman dalam pentadbiran serta khidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menjadi antara kelebihan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin, untuk memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan itu.
Keyakinan itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari yang percaya Azman mampu menggalas amanah sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Amirudin menerusi kenyataan di media sosial, beliau berkata, seluruh jentera PH akan bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan semua calon parti itu memperoleh kemenangan di Melaka.
“Berbekalkan pengalaman dalam pentadbiran serta khidmat sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, saya yakin Tok Man mampu menggalas amanah dan memperjuangkan kepentingan rakyat dengan sebaiknya,” katanya.
Terdahulu, beliau mengiringi Azman ke pusat penamaan calon di Stadium Hang Jebat, semalam, sebelum calon berkenaan disahkan bertanding mewakili PH dengan menggunakan nombor tiga.
Baca juga : PRN Melaka: Azman Abidin mahu guna pengalaman bersama PM bantu penduduk Paya Rumput
Sementara itu, Azman berkata, pengalaman berkhidmat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimanfaatkan untuk membantu memenuhi keperluan penduduk Paya Rumput.
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan akan digunakan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan serta membawa manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







