
Angin kencang, 2 papan iklan tumbang
MELAKA – Kejadian angin kencang menumbangkan dua papan iklan di Bachang dan Bandar Hilir pagi semalam didapati tidak mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, kesemua empat PBT akan memantau semua papan iklan di negeri itu bagi memastikan ia berlesen dan pemasangannya mengikut prosedur ditetapkan.
“Tindakan berkenaan bagi memastikan tiada papan iklan haram dipasang di sekitar negeri itu sekali gus mengelak kejadian sama berulang lagi.
“Alhamdulillah, kejadian semalam tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan pada orang awam, namun insiden ini perlu diberi perhatian serius oleh semua PBT bagi memastikan ia tidak berulang, terutamanya melibatkan papan iklan haram,” katanya di sini malam tadi.
Sebelum itu beliau menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu 2024 yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








