BERITA SEMASALUAR NEGARA

Anggota tentera Perancis maut, tiga cedera dalam serangan di Lubnan

PARIS – Seorang anggota tentera Perancis terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas pasukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan diserang di selatan Lubnan pada Sabtu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, anggota yang terkorban merupakan daripada Rejimen Jurutera Payung Terjun ke-17, sementara tiga yang cedera telah dipindahkan untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut beliau, insiden itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Hizbullah berdasarkan petunjuk awal siasatan.

“Negara memberi penghormatan setinggi-tingginya dan menyampaikan sokongan kepada keluarga anggota tentera kita serta seluruh pasukan yang komited dalam misi keamanan di Lubnan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Perancis menuntut pihak berkuasa Lubnan agar segera mengambil tindakan dengan menahan pihak yang bertanggungjawab serta bekerjasama dengan UNIFIL dalam memastikan keselamatan pasukan pengaman terus terjamin.

Serangan tersebut menambah ketegangan di wilayah selatan Lubnan yang sebelum ini sering menjadi kawasan operasi pasukan pengaman antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button