JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota polis maut selepas motosikal langgar tayar tercicir di PLUS

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir di atas jalan di Kilometer 140.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan terseret di permukaan jalan.

Dua lagi individu yang menaiki sebuah kereta turut cedera dalam kejadian tersebut dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal itu pada pukul 6 pagi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Juru menuju ke Seberang Jaya dipercayai terlebih dahulu melanggar tayar yang berada di tengah jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.

“Pada masa sama, sebuah motosikal yang datang dari arah sama turut melanggar tayar berkenaan menyebabkan penunggangnya terjatuh dan terseret di atas jalan.

“Bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan di kepala susulan kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button