JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota MBPP cedera, belon dirampas tiba-tiba meletup, terbakar

GEORGE TOWN – Dua anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) cedera apabila belon yang disita dalam satu operasi penguatkuasaan penjaja haram di kawasan sambutan Thaipusam secara tiba-tiba meletup dan terbakar malam tadi.

Kejadian berlaku di Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan MBPP di Lebuh Union di sini ketika anggota Bahagian Pelesenan itu sedang mengeluarkan belon daripada pikap MBPP.

Menurut sumber, belon berkenaan disita daripada peniaga yang didapati tidak memiliki permit perniagaan dipercayai warga asing di Jalan Kebun Bunga di sini kira-kira pukul 10.45 malam sebelum dibawa pulang ke premis berkenaan.

Peniaga tersebut dipercayai mengisi belon dengan gas hidrogen yang lebih murah serta mudah terbakar berbanding helium namun menolak untuk mengulas lanjut kerana siasatan mengenainya masih dijalankan.

Insiden itu turut menyebabkan dua anggota yang berada berhampiran melecur dengan seorang daripada mangsa dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cedera ringan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye berkata, MBPP akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam tempoh terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button