Anggota bomba selamatkan wanita terjun sungai
KOTA TINGGI – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang dipercayai cuba menamatkan nyawanya dengan terjun ke sungai di Kampung Tembioh, di sini, semalam.
Menurut jurucakap JBPM Johor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi tiba di lokasi tiga minit kemudian.
“Operasi membabitkan enam anggota serta sebuah fire rescue tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi.
“Anggota bomba mendapati seorang mangsa melakukan cubaan membunuh diri dengan terjun ke sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran sebuah gerai makan di tepi sungai, dengan operasi menyelamat membabitkan enam anggota serta sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati mangsa berada di tebing sungai selepas terjun ke dalam air.
Anggota bertindak turun ke tebing bagi membawa mangsa naik ke kawasan selamat sebelum wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








