Amerika serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo Bay
PUTRAJAYA – Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba sejak 2006 kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002 diserahkan kepada Malaysia.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat telah menerima Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang diserah oleh kerajaan Amerika Syarikat.
“Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








