AGAMABERITA SEMASA

Aidiladha disambut 27 Mei ini di Malaysia

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei 2026.

Perkara itu diumumkan Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jaladudin menerusi pengisytiharan rasmi sebentar tadi.

Beliau berkata, tarikh tersebut ditetapkan selepas diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.

Pengumuman penetapan tarikh Aidiladha itu disiarkan menerusi saluran televisyen dan radio tempatan malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button