BERITA SEMASA

Sambutan Hari Raya Korban Tentera Darat meriah

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis ibadah Korban Tentera Darat Tahun 2024 kali ini meriah apabila 20 ekor lembu dikorbankan dalam majlis yang berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi pagi tadi.

Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim menyempurnakan majlis tersebut bersama seramai 600 orang warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan oleh TPTD kepada Pengarah Agama Markas Tentera Darat, Kolonel Hasbullah
Salleh, diikuti dengan acara penyembelihan

Sebanyak 18 daripada 20 lembu adalah penyertaan korban warga TDM dan dua ekor lembu disumbang oleh Syarikat Al-Khaliq Global Sdn Bhd dan Syarikat Malkraine.

“Matlamat pelaksanaan ibadah korban ini adalah untuk memperkasakan semangat dan jiwa pengorbanan dalam kalangan anggota tentera selain memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam menjalankan misi dakwah Islamiah,” katanya dalam satu siaran media di sini hari ini.

TPTD juga berkesempatan mengagihkan daging korban kepada warga TDM, wakil-wakil asnaf, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan pertubuhan bukan kerajaan.

Turut hadir ke majlis ini adalah Isteri Timbalan Panglima Tentera Darat, Haslinda Mohd Ali; Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Muhammad Huzaimi Sabri dan isteri, Rosilawati Ahmad Tajri; Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan, pegawai-pegawai kanan TDM, para pegawai dan warga Tentera Darat Malaysia sekitar Lembah Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button