POLITIK

Ahmad Faizal letak jawatan Pengerusi PN Perak

CYBERJAYA – Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Menurut Ahmad Faizal, keputusan itu dibuat susulan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN.

“Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button