Agong kurnia watikah lantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyempurnakan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Negara.
Surat pelantikan itu dikurniakan kepada Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri yang akan mewakili negara ke Washington D.C.
Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, Baginda menzahirkan harapan agar pelantikan tersebut akan terus memperkukuh hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Pelantikan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia-Amerika Syarikat, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan dan teknologi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








